Eh ! Najaa La !

Cara hilangkan link di gambar(Blogspot)

Posted by: najaa on: August 5, 2010

Giler ahhh.  Dah lama aku tak update blog ni. Aku pun tataw kenapa. Macam hangat2 taik ayam ! Sat suka, sat dak. Kesian blog aku ni. Tapa2. Don’t worry bebeh. I tinggal u tak lame..ade la dalam 2-3 bulan je..kan ? I pun tak ingat la. ( ee..gedik2 ). Aku dah set. Aku nak buat blog ni khas untuk tutorial. Tak kisah ler tutorial ape pun janji tutor ! gyahahaha ! ( gaya Hellioz ).

Tutorial kali ni aku nak ajaq cara nak hilangkan link di gambo kat blogspot punya. Tak ramai yang tau benda nih. Aku rasa hanya segelintir je yang taw. Aku taw pun secara tak sengaja. Masa tu nak post entri baru, aku boh gambaq, then secara tak sengaja aku tertekan sesuatu yang membolehkan link di gambo tuh hilang…….hehhehe. Meh nak ajaq.

Cara-caranya :

1. Bukak new post. Suka hati la nak tulis pape pun. Then upload gambaq. Bila dah habeh tu, insert ahh pic tuh. Dia akan jadi cam nih.

hilangkan text

Nanti dia kuaq cam ni kan.

2. Bila dah insert, gambaq tuh dok tengah-tengah kan ? Hampa tarik cursor hampa p kat tepi gambaq tuh. Make sure jadi cam nih.

hilangkan link 2

Buat cam nih.

3. Then, hampa tekan link. Macam nih.

Hilangkan link 3

Cam ni.

4. Cuba try publish. Jadi dak ? Gambaq hampa tuh tadak link kan ? Selamat mencuba ! Bye ! Tak paham tanya aku.

Bagi wordpress tayah susah2 buat cam tuh. Hampa boleh tekan none ja kat link URL tuh sebelum insert gambo kat post . Terus tadak link. Siap. !

Oh ya, sejak bila wordpress ni buat Like post yg mcam fb tuh ? Hahaha! Tudia laaa..lama sangat ta bukak blog ni sampai apa pun tataw. Hahha !

surat PUTUS cinta

Posted by: najaa on: June 29, 2010

Entri ini ku tujukan khas buat si dia. Kalau dia nampak ni,jangan la nangeh pasai owg taw dia sensitive(leceh betul). Maaf la gtaw dalam FB nih, bukan nak semua owg taw tp ni la tempat owg nak luahkan rasa. Note ni dah macam diari online plak. Kalau nak anta msj, gila woi..panjang berjela nih.

Dia..

Owg minta maaf sebab buat dia sakit hati.
Owg minta maaf sebab layan dia dengan teruk.
Owg minta maaf sebab putuskan hubungan kita.
Owg minta maaf sebab tak serius dalam couple2 ni.(mmg xpenah serius)
Owg minta maaf sebab ta layan sms/call dia.
Owg minta maaf sebab banyak menyusahkan dia.
Owg minta maaf sebab suka curang di blakang dia.
Owg minta maaf sebab suka kata kat dia macam-macam.
Owg betul-betul minta maaf.

Owg buat semua ni bukan pasai sengaja ok.
Sumpah, owg dah tadak feeling dah kat dia macam time kita dok berchenta dulu-dulu tuh.
Owg pun tataw pasaipa.
Owg cuba nak suka kat dia balik tapi owg ta boleh.
Hati owg ni memang degil/keras
Owg tataw la dia maqah kita ka dak.
Owg ta pernah nampak dia maqah kita walaupun owg suka buat dia.
Dia ni baik sangat la. Kekadang owg qasa tamaw layan dia cm ni tapi..entah la..even I dunno why all this happen. :(

Owg taw, owg bodo gila sebab minta break. Bukan owg ja yg marah dengan diri sendiri malah adik, kawan2, and even u will also feel the same kan ? I know and I’m sorry.
Adik kata owg tadak belas kasihan.
Tapi..owg tgk muka dia pun owg dah rasa kesian taw tak. Muka tu muka baik. Kalau muka jahat, ahh..lantak kau la.
Owg ta suka dia bukan pasai muka dia ta nsem. Pergh..jauh skali tuuu.
Dia nsem la jugak. Nsem macam Tomok. Style rambut pun dah dekat sama ngan Tomok.
Ada arytu, dia mai jumpa kita. Style rambut lain pulak. Macam Akim kot ? fuhh, sumpah owg terpikat ngan dia.
Tapi bila dia mai kat kita, aura membenci tu mai balik sampai owg tamaw dok dekat ngan dia langsung. Please jgn marah owg. owg tau dia sakit hati. Gtaw ja, memang owg yg kejam.

Segala hadiah yg dia bagi kat owg, owg harap dia halalkan ja la noh. Maceh bagi.
Gelang hat dari Sarawak tu chantek gila. Sayang plak kalau nak bg balik. (pentingkan diri sendiri kan?) tapa kan?
Buku untuk PMR dulu tuh..dia dah ta guna kan, so….
Rantai tuh…kalau nak, ambik la. Owg ta kesah. Lawa memang lawa. Tp owg taleh pakai sbnrnya. Sat g leher owg gatai.
Dia kata dia beli jam kat kita. Dia nak bg kat kita tp xsempat ea. Emm..tayah la. Simpan je la utk bg kat awek lepas ni.

Kalau kita masih stay sekarang…hebat gila kita kan..
Dah couple for almost 2 tahun kan.
Yup. Owg ingat g tarikh kita mula couple dulu. Tiap2 bulan dulu mesti dok sambut kan ? gila toi. Kalau ta msj, mesti dia yg call. Bukan seminit dua. Mau sampai 2 jam pun ta cukup.
Gila r..bateri tok sah cakap r. memang kong punya lepas tuh. Confirm.
Minggu lepas ulangtahun kita kan ? dia anta msj, owg ta balaz. Maaf. Tadak kdit a.k.a tamaw balaz.
I know…dah 1 tahun 9 bulan dah kita kenai kan. Emm.

Dah la kot noh. Malaz nak taip dah. Pening pala. Uhuk~

p/s : ni lah reality berchenta masa muda. Huh. Dia, buat masa ni owg tadak boipren lagi tp dlm hati dah ada owg lain walau owg tau that mamat tuh tataw yg owg suka kat dia. Huh~benci~bila dia nak sedar ntah la. Dah bg klue pun dia bt dek. Nyampah aku. Caqi owg len? Malaz ahh..baik solo.

Eh ! Cara-cara nak tukar layout myspace

Posted by: najaa on: June 21, 2010

Aloha ! Heheh ! Lama tak update blog kan ? Ngee~ tadak ka yang rindu ? Hahah ! Gedik r kau naja. Ceyy…

****************************

Hang buat pa weh sampai lama tak buka wordpress kesayangan hang nih ?

Emm…first, pasai aku sibuk ngan blog lain. Then aku sibuk ngan exam aku. Then aku dok main facebook sampai qalik. Pastu ym sat. Then……..blaaa….blaa….blaaa…..pastu…bla….blaaa….membebel je banyak. Cakap je la hal betul. Aku malaz nak update. Tadak idea. Idea tamaw mai tapi kali ni dia mai tu pown pasai aku tengok kat Dashboard aku, ada orang search pasai cara nak tukar layout myspace.

Todiaa….sapa yang search soalan tu ha ? Hang tak pernah tukar layout myspace ka weh ? Laa…kesian la kat hang ni. Punya la senang nak tukar tapi tang sini jugak yang hang nak cari. Adehh..tapa2. Pasai hang dah mintak, meh la aku ajaq hang.

> Mula-mula, sila Log in dulu kat Myspace.

> Pergi ke customize profile.

PERHATIAN : Sebelum tu, hang kena tahu la yang hang ni pakai myspace versi lama ka baru. Yang lama versi 1.0, yang baru versi 2.0. Hang boleh upgrade kalau mau. Kalau tamaw versi baru tapi nak versi lama, boleh ja. Hang tukar la balik ke versi 1.0. Susah pa. Kalau baru, code layout dia lain sikit dan cara nak boh layout pun lain. Tak macam yang versi lama. Versi lama hang kena lekat kat About Me kan? Versi baru plak, hang kena lekat code kat CSS. Ok, sambung balik pelajaran anak-anak.

> Pastu hang p la cari website yang menyediakan layout Myspace. Potong jari r kalau tataw. Punya la belambak kat alam maya ni, hang cuma kena cari ja. Paling senang, pi search kat Google, kat situ belambak.

PERHATIAN : Kalau hang dah biasa guna Pyzam Layout, aku sarankan tayah r p situ. Layout dia sikit dan tak stai langsung. Bosan ja aku tengok tapi ikut suka hang r nak p mana pun kan ? Aku cadangkan yang ni :

www.dolliecrave.com | http://freecodesource.com/ | http://www.cherrybam.com/ | http://www.poppindots.com/ |

> Hang pilih la hang nak layout yang mana pown. Bila dah suka, amek ja. Tayah cari sampai belek semua. Buang masa. Amek yang mana berkenan. Then hang kena perhatikan juga, ada sesetengah website dia sediakan 2 code. Satu untuk code versi 1.0 and satu lagi code versi 2.0. Pandai2 r tgk. Tak buta lagi kan ?

> Copy code.

> Kang hang dah buka Customize tadi kan, sekarang hang tekan plak kat Appearance. Kat situ ada tulis CSS kan, tekan yg tu. Kalau dah ada code, padam dulu baru lekat code tadi.

> Paste code.

> Publish. Ok. Siap.

Senang ja pun, kalau tak paham juga, tayah main Myspace. P main Facebook. Tayah kena boh layout pun. Lagi simple. Kemas. Teratur. Senang dilihat.

Nah. Siap satu entry. Khas untuk orang yang search “macam mana nak letak layout myspace.” Tata.

Eh ! Kenapa dengan tersedu ?

Posted by: najaa on: June 18, 2010

Hiccup ! ….diam seketika….. Hiccup ! Ahh ! Benci-benci ! Aku tau, korang pown penah tersedu kan. Benci gila kan when it happen ? Semua benda taley buat. Asal nak minum je, hiccup ! Asal nak makan je, hiccup ! Asal nak nafas je, hiccup ! yang paling aku tak suka, asal aku nak cakap je, hiccup ! potong stim toi~ Lama-lama aku boleh jadi gila cam ni.

Tapi, sedu ni bukan nya selalu dia mai. Kadang-kadang je. Selalunya dia akan mai tanpa disedari. Sedar-sedar je dah tersedu. huhu~ Aku pernah tanya mak aku,

“Mama, awat kita asyik tersedu ja ? Menci r. Nak cakap pown payah !” tanya aku sambil muncung mulut ngadu kat mak. Then mak aku jawap, ” Tu la tandanya anak mak sedang membesar. Nanti kak boleh tinggi.” jawap mak aku sambil tersenyum.

Pandai kan mak aku ? Pandai kantoikan aku. Memandangkan waktu aku maseh kecik g, so..aku caya ja bulat2. tadak petak2. Bengap gila bila difikirkan balik. Then mula la otak aku tertanya-tanya, kenapa boleh jadi tinggi plak ? Ouwh, for your information, aku ni jenis yang hyper-active.  Aku suka tanya soalan bertalu-talu. Tambah2 lagi kalau aku tak faham, jenuh la cikgu kena terang kat aku. Sian cikgu. Sorry. Haha !

Ok, sambung cerita tadi. Berhenti tang mana tataw ? Oh ya, bila dah terfikir macam tu, macam-macam yang muncul dalam otak aku. Aku berimaginasi yang jantung dan otak aku tengah membesar so akan ada  perlanggaran antara otot kecil dan otot besar di mana keadaan dalam badan akan jadi sempit dan udara yang tersepit di antara kedua-dua otot itu akan cuba keluar iaitu melalui mulut aku. Nah ! Paham dak ? Tak paham ? Maaf, aku ni bukannya champion dalam bab2 penerangan ni. Baca la banyak kali kalau nak bagi faham jugak atau pun buat2 paham sudah. Tayah peningkan pala. Hebat dak aku masa kecik dulu ? Mampu pikiaq sampai lagu tu. Haha ! Bila mak aku kata aku akan tinggi,  makin syok la aku. Kalau cam tu, tiap2 hari aku nak tersedu biar cepat tinggi ! Haha ! Apa maw buat, aku ni rendah, so….(paham2 la)

tinggi

Ni la sebab nya kenapa aku nak tinggi.

Bila dah tersedu tu, mesti la nak hilangkan sedu plak kan ? Well, sekali lagi aku tanya mak aku.

“Mak, nak hilangkan sedu cam na ? “

“Hang pi minum air sambil tahan nafas. Sat g dia hilang la tu.”

Sekali lagi aku caya bulat-bulat. (=.=!) Dah tak tahan sangat, aku pown p la try petua ntah sapa punya petua.

minum air

macam ni r aku minum air.

Minum air………tahan nafas……….telan…….diam seketika……… HICCUP !

Ahh !!!!!!! geram aku ! Tak hilang pown ! Tipah tertipu. T_T..Yang heran nya, kebetulan aku tertengok satu drama melayu ni, dia cuba cara yang sama tapi awat yang dia punya jadi aku dak ?! Oh lupa, tu semua lakonan. Buduh la Najaa nih….Then mak aku kata lagi…….

“Cuba tahan nafas lama=lama. Kot2 sat g dia hilang ka”

Mama…..tamaw caya dah ! wuuuuuuuu~~~ majok2. T_T Bila dah pandai sikit, baru aku taw yang Hiccups are caused when your diaphragm, which pulls air into your lungs and helps push it out, gets irritated and starts to jerk. It can be caused by nervousness, excitement, or eating too quickly, or just happen randomly. Paham ? P check kamus please. Tak pown tgk rajah ni.

sedu

Macam ni la sedu terjadi.

Kalau tak paham gak, tataw kat hampa aih. Titik. Bye.

EHNAJAA : WEH, SAPA VISITOR AKU YANG BERNAMA MISTIKUS NIH ? TERIMA KASIH KERANA KOMEN TAPI TOLONG LA~~~ BAGI LINK BLOG KAMU ATAU PAPE JE YG BERKAITAN DENGAN KAMU. JANGAN LA BAGI LINK IKLAN. SAPA YG KOMEN BLOG CEK, CEK AKAN P KAT BLOG DIA DAN KOMEN SKALI. JANGAN RISAU, AKU NI BANYAK MASA LAPANG TAW TAK. SEKIAN, MACEH. MISTIKUS, SILA KOMEN KALAU LALU…. ^_^

Eh ! Aku ke ni ?

Posted by: najaa on: June 17, 2010

Entri ni sejujur-jujur nya, seori-orinya daripada aku sendiri. Aik ? Sebelum ni cakap saya-awak, sekarang dah tukar ke ? Hah, ni la yang aku nak gtaw sebenarnya. Ekcely, panggil2 saya-awak ni is not my style. Aku lebih selesa panggil aku-hang sebab cek orang Kedah. Sound macam kasaq tapi aku heqan apa. Asalkan aku epy/selesa. Aku malaz nak hipokrit. Pretend to be not urself is really hard. Aku sebenarnya naik geli tulis macam tu dalam entri aku sebelum nih. Orang kata sopan tapi aku tak selesa. Buat orang KL, maybe tu la panggilan yang diowang selalu sebut di antara kawan2 tapi di Kedah, hang jangan harap la depa nak penggey(panggil) lagu tu (macam tu) kecuali la depan cikgu atau orang yang diowang hormat espesialli orang tua.

Depan kawan-kawan, dengan adik, dengan sepupu, dengan kawan di Facebook yang rapat, panggilan paling sesuai aku dok guna ialah aku-hang, aku-ko dan yang paling mesra pernah aku panggil ialah..SAYANG. haha ! Kalau dengan kawan yang aku tak berapa rapat atau orang yang aku tak kenal langsung, usually aku panggey saya-anda. Aku tak panggey awak sebab tekak aku loya dengaq perkataan tu. =.=

Cakap pasai saya-anda kan, aku ada satu cerita nak habaq (gtaw). Pada suatu hari (ececey, macam dalam buku cerita), ada sorang mamat nih silap call aku. Dia kata dia silap no (alasan klise). Lepas dia dengar suara aku, terus dia cakap, “Nak kenal boley?”. Aku ni kalau kawan memang tak kesah umuq, bangsa, agama, jantina, tempat tinggal dan yang sewaktu dengan nya.  Then kami pown kawan. Nama dia Iz, 20. Aku Najaa, 16 (2010). Jarak 4 tahun. Dipendekkan cita, aritu aku panggey dia anda (dalam mesej)sebab (sila rujuk di atas). But before that, dia suwoh aku panggey dia Iz saja. Aku tamaw pasai aku alergi panggey lagu tu. Aku tak reti nak panggey2 stai cm tu. Dalam hati aku dpk cakap, “Geli aih. Tamaw aku !” OK, back kepada cerita tadi. Dia balaz mesej aku. Taw tak dia kata apa ? Yang ni yang aku tak tahan ni.

“Nama saya bukan anda la tapi Iz. “

Pala otak hang aih. Aku taw la nama hang Iz. Ingat aku bodo sangat ka ? Geram gila aku masa tu. Nak marah rasa tak adil plak pasai dia tataw. Lepas aku habaq semua kan, taw dia kata apa plak ?

“Kalau camtu, Iz nak panggil Naja sayang la.”

Ahh ! Dah ku katakan yang panggilan sayang tu hanya untuk kawan rapat aku saja. ! Hang sapa ? Dah la aku tak kenai hang. Mintak plak bukan-bukan. Tiba-tiba ja boley dapat no aku. Heqan aku. Aku tak caya dengan alasan SALAH NOM. Ni la laki. Bagi kepak ayam, dia maw paha ayam. Eh, salah. Bagi Nokia 3100, dia maw iphone 4G. Skali aku lempang dengan kasut tumit tinggi Devil Wear Prada maw ? Esok tu, aku tak mesej ngan dia dah. Dia ada miscol aku, anta mesej tapi satu pown aku tak reply.

Maaf la. Tak berniat nak buat cam tu tapi cek tak minat nak kawan dengan orang yang cek tataw. Maaf banyak2 la noh. Dah. Penat aku karang nih. Lenguh dah bahu aku. Bye. Nak bermuka buku sat.

To Be Continued. . . .(ecececey, macam dalam cita Pokemon la plak. ) :p

Eh ! Cerita Indon lagi ?!

Posted by: najaa on: June 12, 2010

Ehem-ehem ! Sebelum apa-apa terjadi, saya ingin minta maaf dulu kepada ibu-ibu, bapak-bapak, cewek-cewek, cowok-cowok, dan seluruh rakyat Indonesia kerana apa yang ingin saya tulis ini berkaitan dengan industri perfileman anda. Harap anda tidak terlalu emosi ya ? :) Apa yang saya bakal tulis ni sebenarnya adalah suara/pandangan/pendapat daripada rakyat Malaysia yang sendiri yang semuanya sebulat suara setuju dengan pernyataan ini.

Baik. Ceritanya macam ni. Bagi rakyat Indonesia yang menetap di sini (Malaysia), anda pasti tahu saluran televisyen percuma iaitu TV3 kan ? Anda masih ingat lagi sinetron Bawang Putih Bawang Merah ? Sinetron ini telah mendapat tentangan yang hebat daripada rakyat Malaysia kerana ceritanya yang mengarut dan episod yang terlalu panjang. Bayangkan, sampai setahun cerita tu dok berputar kat depan tv sampai kami naik jemu+meluat ! Banyak adegan yang tak logik langsung. Selepas itu muncul pula cerita yang berjaya mengambil hati rakyat Malaysia. Ingat lagi dengan “Nabila” ? Alaa..cerita budak kecil tu yang tinggal dengan ayah dia tu. Tak ingat juga ? Cis ! Lembap beno ! HAHA ! Alaa..ibu Arini tu. Hah ? Dah ingat ? Bagus. Cerita tu je la yang saya suka. Selepas tu, muncul lah dengan belambaknya cerita indon di tv bagai kuman di udara. Eh ! Bagai cendawan tumbuh selepas hujan ! Heheh !

Kalau korang perasan la kan, cerita indonesia ni semuanya bermotifkan benda yang sama. Sikit-sikit cinta, sikit-sikit duit, sikit-sikit orang kaya dan orang miskin, berapa banyak sikit daa~ Tapi tu lah realitinya, tak gitu ? Kalau sekadar tulis tapi tak de bukti, tak guna jugak kan ? Well, nak tahu kenapa cerita Indonesia tidak disukai oleh rakyat Malaysia ? See this.

1. Artis wanitanya seksi banget ! Yang ni, tak payah saya jelaskan pun, korang dah boleh nilai sendiri kan ? Lihat saja Luna Maya. Heboh diperkatakan tentang video lucah nye dengan Ariel Peterpan tapi diowang nafikan. Setahu saya, Luna tu Islam kan ? Tapi asal cara hidup nya tidak seperti seorang Islam ? Pendapat korang ? Baik. Lupakan pasal yang tu. Saya tak mahu komen panjang-panjang. Kang tak pasal-pasal blog ni femes pasal kritikan ku. =.=

2. Episod yang panjang melarat. =.= boleh mencecah sampai 100 episod ! Omak ai ! Tak sanggup nak tengok weh ! Naik jemu~ Naik menyampah~ Naik meluat~ Naik angin ? hoho !

3. Jalan cerita deret sama je. Asyik2 tema cinta, putus cinta, orang kaya jatuh cinta kat orang miskin, buli, magik yang ntah pape. =.= terbang sana, terbang sini, ahhh~ mengarut ! Bagi la genre yang lain pula. Islamik ? Memang diowang ade genre ni dah saya boleh cakap memang banyak filem/sinetron yang buat cerita islamik tapi ! Hah, ade jugak tapi. Walaupun genre nya islamik tapi pelakon nya. . . . I don’t need to say right ?

4 . Scene muka terkejut berok. AH ! Ni yang daku paling benci ! Sikit-sikit terkejut. Naik bengang daku tengok. =.=

5. Zooooooooooom !! Haha ! Bila dah terkejut mesti ada benda ni. Kalau tade tuh, dah macam tak sah plak kan ? Bila dah zoom tu, kalau boleh, semua muka pelakon tuh dia nak zoom. Kalau ada 100 orang kat situ, tak kan nak zoom sampai semua sekali ? Zoom sikit-sikit sudah la, tak payah zoom lama-lama. Buang masa.

Aik ? Dah habis ? Sikit je ? Ahh~ada lagi sebenarnya. Tapi…kang komen banyak-banyak, silap haribulan, daku kena saman weh. T_T. Maaf, saya orang susah je. Sekadar meluahkan perasaan yang terbuku di dalam hati juga sekadar memberi pendapat sahaja. Kalau ada yang tersinggung mahupun terasa, dihimpunkan jari, susun rapat-rapat tanda saya minta maaf. Peace. :D Sekian sahaja warkahku.

Eh ! Macam mana nak buat blog ?

Posted by: najaa on: June 11, 2010

Assalamualaikum and welcome to my blog. Selamat datang bagi yang baru je menjenguk blog saya ni. Terima kasih sebab datang ke blog saya. Mukadimah hari ni panjang sikit so sila pastikan anda dah siap semua kerja before read this. Dah ? Amoeh, cepatnya! Orite, tajuk hari ni, “Macam mana nak jadi seorang blogger ? “ Ada orang tanya saya, “Eh, macam mana awak buat blog ea? Saya pown nak buat gak.” Baik, senang je caranya tapi sebelum anda buat blog, anda kenalah ada kemahiran menulis (untuk karang sebuah post yang menarik), kemahiran berfikir (untuk memanipulasikan post orang lain to become your own style) dan mahir dalam selok-belok blog (untuk meningkatkan traffic jam).

First sekali, pilih website yang menyediakan blog secara percuma. Ada banyak pilihan untuk korang pilih sebenar nya such as WordPress, TypePad, Freewebs, Orkut, Piczo, LiveSpaces, Overblog, VOX, Eons, Xanga, atau Blogspot. Banyak kan? Kalau nak minta pandangan saya, saya akan suruh anda pilih WordPress. Why ? Nanti saya jelaskan di entri yang lain. Sabo ea ? :)

1 . Get The Right Name.

Sebelum korang membuat sesuatu blog, ni la perkara paling asas sekali. Make sure dalam kepala otak korang dah kena fikir nama yang korang nak letak. Tak kisah la apa pun janji nama itu pendek, unik dan senang diingati.  Kalau korang tengok senarai Top Malaysian Blogger, korang akan perasan persamaan antara mereka semua. Kesemuanya menggunakan nama yang pendek dan lain daripada yang lain. Contohnya, JustKhai….Begitu juga yang harus korang buat kalau nak buat sebuah website. Nama yang paling best penah saya dengar, Oh Tidak!, Oh Artis, Oh Islam, dan lain-lain. See, semuanya pendek-pendek kan.

2. Use Your Own Layout.

Kalau korang dah pernah tengok blog Justkhai, korang akan nampak layoutnya yang berwarna pink, ade gambar gitar kat atas belah kiri dan juga gambar girlfriend dia yang terbaru iaitu, Miss Satio. Bila korang dah buat layout sendiri, semestinya orang akan lebih cepat ingat korang. Macam mana nak buat layout sendiri ? Well, kalau korang seorang yang pandai bermain dengan CSS atau HTML, perkara ini merupakan perkara yang mudah sebenarnya tapi lain pula tang terjadi kalau korang tak reti kan ? Cuba korang Google, search how to make my own layout ? Sebaik saja korang tekan “ENTER”, hah! Belambak yang keluar tau tak. Just click yang mana berkaitan sahaja. Jangan la korang tekan link yang kata, “How To Make Your Own Myspace Layout”. Korang bukan nak buat layout myspace kan? Adehh~ Tapi kalau tak tau gak, korang boleh guna mana-mana layout yang korang suka tapi jangan lah menyakitkan mata orang. Bunga sana, bunga sini, tulisan kecik beso, kejap warna ni, kejap warna tu, kejap tukar layout ni, jap lagi tukar layout ni pula. Aduhhh..korang nak buat pertandingan mencari layout terlawa ke ? Bukan ini yang visitor nak tengok tapi penulisan anda. Kalau setakat nak main hias-hias, pergi main Myspace tuh. Shuhh, shuhh. Bak kata Khai,

“Itu sifat sejati seorang loser ! “

3. Don’t Post Anything yang Tak Best.

“Hari ni aku….”“Esok aku…” , “Menyampah Giler dengan budak tuh. Dya….” Hello ? Korang ingat korang sape yang nak post semua-semua tu ?  Lain la kalau korang artis terkenal, masa tu post la anything you want sebab 1 Malaysia nak tau. Come on la babe, post something yang orang nak tahu such as, perkembangan semasa, info-info terkini, something yang korang tahu tapi orang lain tak tahu, baru lah ada uniknya sikit blog korang tu dan baru lah orang akan kata, “Ooo..macam ni ke.” Atau, “Eh, best la blog ni!”. Kalau tiap-tiap hari korang asyik post pasal diri korang je, bukan je visitor akan rasa jemu malah dah rasa malas nak pergi blog korang. Masa tu jangan la merungut yang blog korang tak popular la, ape lah, It’s your fault anyway. Don’t blame the visitor sebab diowang tak bersalah.

Tu je cara nya. Hanya 1+2-1+1 = 3 langkah je. Yang selebihnya, korang kena la berusaha sendiri. Bak kata pepatah, “Usaha Tangga Kejayaan”. Kalau korang perasan kan, step 1,2,3 tu, kalau digabungkan huruf depan akan jadi, GUD. Haha ! Tak lawak ?  Ok. Jangan gelak. :|

EHNAJAA : Amoeh, tengok je ? Tak nak komen ? :D

Kenali Eh ! Najaa La !

Posted by: najaa on: June 9, 2010

Hari ni, Rabu, 9-6-2010. Jam menunjukkan pukul 17:35 yang bermaksud 5.35 petang.

Tengah layan2 Facebook tu, tetiba hati rasa nak buat blog, ntah dari mane datangnye hasrat tu. Mungkin sebab jealous tengok kawan2 ada blog pastu ramai follower plak kan, atau mungkin jugak sebab saje nak tunjuk kat kawan,

Hey, I got one blog what !

so saya pown terus sign up di WordPress and start my blog right away. Memandangkan this is my first post, so..I got nothing to say actually. (sigh)

Why Eh ! Najaa La ! ?

Emm…entah. Tibe2 je nama tu terlintas di kepala otak, so..bubuh je la. :) Nampak la lain sikit kan.? Tu la salah satu cara untuk membuatkan kita dikenali sikit. Dengan nama yang unik la orang senang nak ingat. :) Lagi satu, letak nama yang pendek-pendek jangan yang panjang-panjang. Why ? Sebab nama yang pendek orang senang nak ingat. Kalau nama panjang-panjang, jangan harap la diowang nak ingat. Tak kuase i nak tulis panjang-panjang taw ! :D

Why WordPress ?

Because, in my opinion la kan, WordPress is the best among of all. Fungsi dye tu memang best.! Tak macam Blogspot yang saya dah meluat nak guna. Bukan ape, ada sesetengah fungsi nye tu, I don’t really like it. T_T. Blogspot kan, even my jiran yang umur nya baru 8 tahun pun dah boleh uruskan Blogspot dye tu. Too simple and easy. Lain pula dengan WordPress. WordPress ni agak complex dan susah sikit nak faham bagi yang first time guna. Macam saya, dulu..nak post entri terbaru pun tak reti. Oh, sedih kan ? Haha ! Tapi lepas lama-lama, you will get used to it. :) Trust me. Use WordPress la. Nanti saya terangkan why you should use WordPress ya. :)

Who are you ? Who manage this blog ?

siapa ku ?

Siapa Daku ?

Me ?  Saya adalah saya. Saya Najaa. Nama penuh tu nanti-nanti lah saya beritahu ye. :) Laa..dah nama pown blog saya, so saya la yang uruskan. adehh.. :D

When you nak update new post ?

Emm,,let see. Kalau mendapat sambutan hangat, saya update la. (ade ke plak cam tu) Tak. Saya update bila saya free je. :) Boleh ? Ke anda nak saya update tiap-tiap hari ? Mampuslah saya tiada idea. T_T. Saya ni bukannye pandai berblog sangat. Nak tulis ayat-ayat dramatis lagi la tak reti. T_T. So…biasa-biasa dah la ye. :D

Where you usually update your blog ?

Kebiasaannya, saya lebih suka guna my pc lagi tapi sebab saya ni jenis duduk pindah-pindah so saya tak kisah sangat di mana nak update, janji saya update. :) Since saya masih di bawah umur lagi, so saya tak akan selalu update kerana busy with my homework and my exam. T_T tak pe kan ? :P

How old are you ?

Umur saya pada 2010..anda kira ya. 5+5-5+5+5+1 = ? haa..kira sendiri. :p

Haha ! Dah cukup pun 5W 1H.

Buat yang tengah kunjung

Ehem2, yang tengah buka blog ni kan, kalau nak komen sila boh link blog kamu ok. Jangan letak link yang bukan-bukan. Insyaallah, nanti saya komen blog kamu juga. :)

Blog Stats

  • 3,344 hits

Entri fofular

    Twitter

    Capaian

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.